dan untuk kesekian kalinya, aku ucapkan ke hati aku, he's not for you.
tapi untuk kali ini, ucapan itu tak pula disertai oleh rasa sakit yang membuatkan airmata ini turut mengalir. pelik. namun, aku bersyukur kerana aku bukanlah seorang gadis yang senang untuk mengalirkan airmata. dan jika aku mula menangis, ia akan mengambil masa yang lama untuk aku bangkit semula. dan yang paling teruk, mata bengkak.
mungkin hati aku sudah terlalu kerap disakiti sehinggakan aku langsung sudah tak rasa apa apa. mungkin juga hati ini dah boleh merasai bahawa ianya akan disakiti lagi sejak dari pertama kali rama rama muncul dalam perut ini.
sudahlah. cukup dengan semua perkara yang harus aku tempuhi. tubuh badan ini harus berehat dan kuat semula untuk menghadapi hari esok. oh dan tekanan baru, weight drop. suddenly.