menulis itu suatu kebebasan,
adakalanya menulis itu juga suatu kepayahan,
kadang-kadang menulis itu juga boleh jadi kegembiraan,
menulis juga ibarat seorang pejuang yang menghunus pedang ke pihak lawan,
kuasa menulis itu tidak terjangka skalanya, mampu membuat dunia bertukar menjadi huru-hara,
atau membuatkan dunia ceria dan gembira,
menulis juga ibarat manusia,
kan manusia belajar dan terus belajar?, kalau salah kita masih mampu membetulkannya,
kalau benar pun kita digalakkan mengamalkannya,
menulis juga mampu membuatkan hidup kita akan terus hidup meskipun kita sudah mati,
jadi janganlah berhenti menulis selagi kita mahu bercerita dan berkongsi,
menulis itu juga mampu mencatatkan sejarah yang tak ternilai dengan mata wang rupiah, dolar, mahupun ringgit malaysia,
menulis dan menulis itulah kehidupan aku sebagai pemilik kertas, buku dan pensel.
menulis itu suatu kebahagiaan
- Sarajevo Amira Maisara